Sunday, 8 November 2015

Cara Penggunaan Baja Nadi Bio Kimia

Salam Hormat,

Setiap keluaran baja pasti ada perbezaan cara serta sukatan penggunaan bahan tersebut. Namun begitu juga pada baja nadi bio kimia ini.Sukatan dan cara penggunaan baja nadi bio kimia ini sangat lah berbeza daripada baja keluaran jenama lain yang ada di dalam pasaran masa kini.

Sukatan bagi penggunaan baja nadi bio kimia ini sangatlah seimbang mengikut hukum pertanian. Yang mana untuk sebatang pokok sawit memerlukan 6kg baja dalam masa setahun. Oleh yang demikian, penggunaan baja nadi bio kimia ini disarankan agar di tabur sebanyak 3 kali dalam setahun.

Dan setiap kali menabur baja sukatanya ialah 2kg setiap pokok. Sekiranya terlebih ia tidak akan memudaratkan pokok malah pokok makin sihat dan gemuk.

Ringkasanya:

1 pokok 2kg
1 tahun 3 kali pembajaan

** Bagi pokok yang usianya dibawah 3 tahun boleh digunakan dengan sukatan 1kg setiap pokok. dan sekiranya dalam proses penanaman. Sebelum meletakkan anak benih pokok didalam lubang, Taburkan dahulu dengan rata dipermukaan lubang sebanyak 1 kg baja nadi bio kimia.

Jika dapat dilakukan sedemikian, akar pokok dapat di lindungi bagi mengelakkan serangan penyakit terutama Ganoderma setelah usia pokok 6 tahun ke atas dimasa akan datang.

Kesimpulannya bagi setiap kebun 1 ekar keperluan baja nadi bio kimia ialah 5 beg baja 25kg.

Cara Menabur Baja Nadi Bio Kimia.

Kaedah pembajaan bagi baja nadi bio kimia sangat lah berbeza dengan baja keluaran lain. Untuk pokok sawit. baja haruslah di tabur betul-betul RAPAT di pangkal pokok. Sila lihat gambar dibawah.


Saya percaya pasti anda terlintas di fikiran anda, kenapa rapat dipangkal? nanti rosakla akar pokok?.. Sebenarnaya tuan jangan rasa bimbang. Bahan baja ni 100% dari bahan semulajadi dan ia memang tidak akan merosakkan akar pokok, malah akar-akar baru pula yang akan keluar untuk dapatkan baja tersebut.. Sila lihat gambar dibawah ini.




Asalan kedua kenapa rapat dipangkal ialah kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang tidak akan diracun. Jadi microrganisma yang membiak dipangkal pokok tu tidak akan mati kerana diracun.

Bagi tanaman pokok jenis lain pula, jarak baja di tabur ialah 1 kaki dari pangkal pokok. dan baja nadi bio kimia ini tidak sesuai untuk tanaman sayuran kontan.