Sunday, 13 September 2015

AWAS !! KLON Baja Nadi Bio Kimia

Salam Hormat,

Seperti biasa yang sering kita dengar bila mana wujudnya satu produk yang berkualiti dipasaran dan popuar maka pasti akan adanya produk tiruan atau klon bagi jenama dan produk tersebut.

Jadi hari ini, kami pihak Aftasar Enterprise tidak lari dari masalah tersebut. Ternyata produk klon Baja Nadi Bio Kimia mempunyai harga yang lebih jauh murah berbanding dengan Baja Nadi yang original.

Berikut antara contoh baja nadi bio kimia yang klon. Mereka bukan saja menggunakan Nama Baja yang sama malah mereka juga menggunakan Nama Syarikat Aftasar Enterprise !

Tetapi bahan di dalam baja tersebut amat jauh berbeza dan lansung tiada kesan seperti baja nadi yang original!


Butiran baja yang jauh berbeza dengan Baja Nadi Yang Asli


Kami di fahamkan baja tersebut menggunakan campuran bahan kimia dan tinja haiwan.



Adalah jauh berbeza dengan Baja Nadi Bio Kimia yang mana ia amat halus berbentuk serbuk seperti dibawah ini..
Baja Nadi Bio Kimia yang Original.



Klon Baja Nadi Bio Kimia bukan saja di blog, Tetapi di laman Facebook juga banyak yang menggunakan nama Baja Nadi Bio Kimia. Antara contoh yang kami dapat ambil seperti didalam gambar di bawah.

Anda boleh lihat dengan lebih jelas dengan klik link ini  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.190661354408430.46229.135028923305007&type=1



Baja Cap Junjung Bio Kimia Bukan  Baja Nadi. Mungkin anda perlu baca penerangan ini juga Klik >> disini


Sebenarnya terdapat banyak contoh baja Nadi Bio Kimia yang klon di pasaran internet. Saya rasa cukuplah contoh di atas, cuma pesanan saya sekiranya anda ingin dapatkan baja nadi yang original. Pastikan anda membeli dari agent yang di senaraikan di halaman agent kami di sini http://bajanadi.com/wakil.html

Sekiranya anda membuat pembelian selain dari nama yang tersenarai tersebut ada kemungkinan besar baja tersebut adalah baja yang di kuatiri keasliannya! ( senang cakap, baja tu memang tak ori ! )