Saturday, 12 December 2015

Betul ke Baja Nadi Bio Kimia ni Mahal ??

Salam hormat,

Kemarin ada orang dari Muar cakap kat saya baja ni mahal lah.. Nak buat kira-kira dulu. Jika murah baru nak ambil.

Sebenarnya isu berkenaan mahal ke dak baja ni telah pun saya cerita sebelum ni. Saya memang kena terima, bahawa nak jual produk melayu ni memang susah sedikit berbanding dengan jual baja cina.

Sekarang ni baja kuda singa pun dah RM150 50kg. Tetapi tiada masalah pun taukey tu menjual. Baja nadi ni baru RM120 50kg , tapi banyak pula yang komen mahal.

Ok.. Kita tengok hasil penggunaan baja nadi bio kimia secara putara dalam setahun biasanya 1 ekar boleh mencapai 2.5 ton sebulan.

Jika harga pasaran sawit RM390 katakan ertinya pendapatan 1 ekar ialah RM975 sebulan.

Kos membaja bagi baja nadi ialah RM60 X 5 beg = RM300
Setahun 3 kali membaja bermakna kos 1 ekar ialah RM900

RM900 di bahagikan dengan 12 bulan bersamaan RM75 sahaja kos baja bagi setiap bulan.

Pendapatan Sebulan RM975 - kos baja RM75 = RM900 hasil pendapatan sebulan.

Jika anda upah orang ambil buah biasanya dalam RM70 ke RM80 pertan. Jadi pendapatan bagi setiap ekar boleh capai RM820

Jika kebun ada 5 ekar anggaran hasil boleh capai RM4100 sebulan jika ada 10 ekar RM8200 sebulan !

Ada juga pekebun kata kat saya, eh.. mana boleh engkau kira hasil 12 bulan! Musim melawas tak buah tau!

Saya cakap, Dato.. buat masa ni belum ada lagi pekebun yang guna baja ni tak ada buah atau buah sedikit di musim melawas tau!

Dato tu macam tak percaya.. dia cakap, iye ke? ada testimonial?

Saya tepuk dahi.. dekat web bajanadi.com tu banyak dah testimonial beserta no tel pekebun tu sekali. Lihat dan boleh call dan jumpa sendiri jika masih tak percaya produk melayu ni lebih bagus dari produk bangsa lain.

Kebun beliau ada 70 ekar.. perlukan baja 350 beg. Dato tu cakap.. gila la kos baja je dah RM21K.. Mahal la baja awak ni!

Kalau orang yang ada rem "Garam" dalam lubang hidung dia macam Hj. Bakhil  memang akan kata macam-macam. Saya dah biasa jumpa orang yang macam tu.

Orang cina bagi tahu. Dalam setahun ada 12 bulan. 1 bulan punya hasil kita mesti tak boleh makan katanya.

Sebabnya hasil 1 bulan tu adalah untuk kos baja, racun dan lain-lain. Sebab pokok pun nak makan. Jika kita tak bagi makan macam mana nak dapat hasil yang banyak.

Tetapi orang melayu kita ni tak buat macam tu.. Setiap bulan hasil kebun tu kita guna untuk makan. Bila waktu nak membaja mula la nak cari baja yang murah. Tetapi hasil nak melimpah!

Andai kata kebun dato tadi tu hasilnya cuma 1 tan je se ekar.. Ertinya hasil sebulan kebun dato tu boleh capai RM27300 sebulan jika harga sawit RM390/tan !

Kos baja baru RM21,000. Masih ada baki RM6300 untuk urusan lain. Jika hasil bertambah dari penggunaan baja nadi bio kimia ini dari 1 tan sebelum ni ke 2 tan untuk se ekar..

Jadi hasil kebun dato yang 70 ekar tu boleh mencapai hasil sebulan sebanyak RM54600 !! Kos baja tetap sama, tetapi hasil berganda! Untung ke rugi guna baja nadi ?

Jika tuan ada komen atau cadangan ataupun pertanyaan sila hubungi saya. So, fikir-fikirkan dan buatlah kira-kira untuk keperluan kebun tuan pula.


Sekian,

Tuesday, 1 December 2015

Berapa Usia Pokok Yang Sesuai Di Baja?

Salam hormat,

Mungkin ada yang tertanya-tanya sepatutnya sewaktu bila kita mesti membaja? Persoalan ini sering juga saya terima dari mereka yang baru saja bermula dalam industri penanaman pokok sawit.

Untuk penggunaan baja Nadi Bio Kimia kami amat galakkan aktiviti membaja ni bermula dari proses penanaman anak pokok. Sebelum anda meletakkan anak pokok ke dalam lubang yang telah siap di korek, tabur dalam 1kg baja nadi bio kimia dan perlu di ratakan di permukaan lubang tersebut.

Setelah itu barulah anak pokok di letak dan di tanam. Basahkan tanah dengan siraman air jika penanaman itu di musim panas atau dikawsan yang jarang terima hujan.

Tujuan baja nadi di letakkan di dalam permukaan lubang sebelum anak pokok di letak adalah untuk merawat tanah di sekeliling akar pokok agar segera kembali kepada sifat asal tanah yang subur. Sekiranya tanah tersebut bersifat asid/masam, maka keadaan tanah itu dapat di pulihkan agar PH tanah antara bacaan 5 ke 5.5

Keduanya adalah untuk tumbesaran akar yang cepat dan banyak. Sekiranya anda lihat kesan penggunaan baja nadi ke atas pokok yang usianya lebih 3 tahun akar besar keluar dengan banyak maka sekiranya penggunaan baja nadi di awal penanaman maka akar akan lebih banyak akan keluar dari bawah pokok.

Pertumbuhan akar tersebut akan mempercepatkan lagi penyerapan makanan pokok untuk pembesaran pokok yang sihat dengan cemerlang. Kesan perubahan yang ketara ialah daun-daun yang terhasil akan lebih berwarna hijau pekat dan kegelapan pokok kelihatan sangat subur.

Tererusnya adalah untuk ketahanan dari serangan penyakit di peringkat awal terutama melindungi dari serangan GANODERMA. Kerana microrganisma dari baja nadi akan berkumpul di sekeliling akar pokok sebagai pembenteng dari serangan penyakit terutama dari serangan melalui akar pokok.

Selepas 4 bulan penanaman anak pokok anda harus teruskan membaja di sekeliling pangkal pokok dalam kuantiti 1kg setiap pokok sehingga usia pokok mencapai umur 3 tahun. Jadual membaja bagi pokok di bawah usia 3 tahun adalah sama iaitu 3 kali setahun.

Semoga maklumat ini bermanfaat buat anda. Sekian

Mohd Fuaad
Rasyid Iskandar Resouces

Sunday, 8 November 2015

Cara Penggunaan Baja Nadi Bio Kimia

Salam Hormat,

Setiap keluaran baja pasti ada perbezaan cara serta sukatan penggunaan bahan tersebut. Namun begitu juga pada baja nadi bio kimia ini.Sukatan dan cara penggunaan baja nadi bio kimia ini sangat lah berbeza daripada baja keluaran jenama lain yang ada di dalam pasaran masa kini.

Sukatan bagi penggunaan baja nadi bio kimia ini sangatlah seimbang mengikut hukum pertanian. Yang mana untuk sebatang pokok sawit memerlukan 6kg baja dalam masa setahun. Oleh yang demikian, penggunaan baja nadi bio kimia ini disarankan agar di tabur sebanyak 3 kali dalam setahun.

Dan setiap kali menabur baja sukatanya ialah 2kg setiap pokok. Sekiranya terlebih ia tidak akan memudaratkan pokok malah pokok makin sihat dan gemuk.

Ringkasanya:

1 pokok 2kg
1 tahun 3 kali pembajaan

** Bagi pokok yang usianya dibawah 3 tahun boleh digunakan dengan sukatan 1kg setiap pokok. dan sekiranya dalam proses penanaman. Sebelum meletakkan anak benih pokok didalam lubang, Taburkan dahulu dengan rata dipermukaan lubang sebanyak 1 kg baja nadi bio kimia.

Jika dapat dilakukan sedemikian, akar pokok dapat di lindungi bagi mengelakkan serangan penyakit terutama Ganoderma setelah usia pokok 6 tahun ke atas dimasa akan datang.

Kesimpulannya bagi setiap kebun 1 ekar keperluan baja nadi bio kimia ialah 5 beg baja 25kg.

Cara Menabur Baja Nadi Bio Kimia.

Kaedah pembajaan bagi baja nadi bio kimia sangat lah berbeza dengan baja keluaran lain. Untuk pokok sawit. baja haruslah di tabur betul-betul RAPAT di pangkal pokok. Sila lihat gambar dibawah.


Saya percaya pasti anda terlintas di fikiran anda, kenapa rapat dipangkal? nanti rosakla akar pokok?.. Sebenarnaya tuan jangan rasa bimbang. Bahan baja ni 100% dari bahan semulajadi dan ia memang tidak akan merosakkan akar pokok, malah akar-akar baru pula yang akan keluar untuk dapatkan baja tersebut.. Sila lihat gambar dibawah ini.




Asalan kedua kenapa rapat dipangkal ialah kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang tidak akan diracun. Jadi microrganisma yang membiak dipangkal pokok tu tidak akan mati kerana diracun.

Bagi tanaman pokok jenis lain pula, jarak baja di tabur ialah 1 kaki dari pangkal pokok. dan baja nadi bio kimia ini tidak sesuai untuk tanaman sayuran kontan.


Wednesday, 7 October 2015

Kesan Penggunaan Baja Sesudu Sepokok. Baja Siram atau Forlier Dan Baja Tong


Video ni merupakan satu contoh kesan dari penggunaan baja sesudu 1 pokok. Dan ia juga memberi kesan yang sama sekiranya anda menggunakan baja jenis Baja Siram atau Forlier Dan Baja Tong !

Hasil di awal penggunaan memang mengejutkan, Tetapi setelah beberapa bulan atau 2 ke 3 tahun, Pokok anda akan ROSAK & MATI !!!

Sebenarnya ia bukanlah sejenis Baja.. TETAPI ia merupakan BOOSTER yang merangsang dan juga memaksa pokok agar mengeluarkan hasil yang banyak.

Dan kami tidak kata bahan baja ni tidak bagus, cuma baja sejenis ini hanya sesuai digunakan sekiranya pokok tersebut telah cukup tua dan dirancang untuk di tebang bagi tujuan penanaman semula.

Jadi sebelum ia di tebang, sesuailah anda memaksa agar pokok tersebut mengeluarkan hasil semaksima yang boleh. Bila pokok tersebut dah rosak barulah di tebang.

Sekiranya kebun anda telah mengalami masalah kerosakkan setelah penggunaan bahan tersebut. Harap jangan terus di tebang atas sebab kecewa seperti nasib empunya kebun di dalam video di atas. Tuan boleh hubungi kami untuk kami bantu menjalankan rawatan.

Insyallah pokok boleh pulih dalam masa setahun.

Sunday, 13 September 2015

AWAS !! KLON Baja Nadi Bio Kimia

Salam Hormat,

Seperti biasa yang sering kita dengar bila mana wujudnya satu produk yang berkualiti dipasaran dan popuar maka pasti akan adanya produk tiruan atau klon bagi jenama dan produk tersebut.

Jadi hari ini, kami pihak Aftasar Enterprise tidak lari dari masalah tersebut. Ternyata produk klon Baja Nadi Bio Kimia mempunyai harga yang lebih jauh murah berbanding dengan Baja Nadi yang original.

Berikut antara contoh baja nadi bio kimia yang klon. Mereka bukan saja menggunakan Nama Baja yang sama malah mereka juga menggunakan Nama Syarikat Aftasar Enterprise !

Tetapi bahan di dalam baja tersebut amat jauh berbeza dan lansung tiada kesan seperti baja nadi yang original!


Butiran baja yang jauh berbeza dengan Baja Nadi Yang Asli


Kami di fahamkan baja tersebut menggunakan campuran bahan kimia dan tinja haiwan.



Adalah jauh berbeza dengan Baja Nadi Bio Kimia yang mana ia amat halus berbentuk serbuk seperti dibawah ini..
Baja Nadi Bio Kimia yang Original.



Klon Baja Nadi Bio Kimia bukan saja di blog, Tetapi di laman Facebook juga banyak yang menggunakan nama Baja Nadi Bio Kimia. Antara contoh yang kami dapat ambil seperti didalam gambar di bawah.

Anda boleh lihat dengan lebih jelas dengan klik link ini  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.190661354408430.46229.135028923305007&type=1



Baja Cap Junjung Bio Kimia Bukan  Baja Nadi. Mungkin anda perlu baca penerangan ini juga Klik >> disini


Sebenarnya terdapat banyak contoh baja Nadi Bio Kimia yang klon di pasaran internet. Saya rasa cukuplah contoh di atas, cuma pesanan saya sekiranya anda ingin dapatkan baja nadi yang original. Pastikan anda membeli dari agent yang di senaraikan di halaman agent kami di sini http://bajanadi.com/wakil.html

Sekiranya anda membuat pembelian selain dari nama yang tersenarai tersebut ada kemungkinan besar baja tersebut adalah baja yang di kuatiri keasliannya! ( senang cakap, baja tu memang tak ori ! )




Tuesday, 11 August 2015

Baja Sawit Yang Mana Satu Harus Digunakan?

Salam hormat,

Bila kita sebut je baja sawit pastinya bermacam-macam jenis rupa baja yang terbayang di kepala. Mungkin anda dah cuba pelbagai jenis baja, dari yang murah hinggalah yang berharga ratusan ringgit. Tetapi hasilnya tetap tidak mencapai target !

Mula la berjinak-jinak dengan booster yang kononya ia sejenis baja.. hanya sesudu je sepokok! hanya spray je 1 liter di pokok! Hasil mengejutkan, tapi setelah 4, 5 bulan pokok bagainya hidup segan mati tak mahu.

Dalam pemilihan baja sawit terbaik, selain dari unsur NPK, baja tersebut mestilah mempunyai unsur CEC.. Iaitu mampu menukarkan nutrisi tanah kepada yang asal. Jika tiada unsur tersebut maka baja tersebut bukanlah baja sawit terbaik dan ia bukan satu pilihan bijak untuk anda gunakan.

Bila sebut NPK pula ramai antara kita yang terus lihat nilai pada unsur K. lagi tinggi lagi banyak katanya. Sebenarnya ia satu kiraan yang tidak tepat. Jom lihat gambarajah di bawah.

Sumber: Journal Felcra Berhad

Jika anda lihat contoh pemilihan NPK yang pertama tu.. Nilai P kurang daripada N & K maka hasilnya tiada respond. Erti kata lain ialah kosong atau sia-sia je tabur baja.

Jadi amatlah penting membekalkan kesemua nutrien dalam masa yang sama dan dalam bentuk yang mudah diserap dengan nisbah yang seimbang..

Jom contoh gambar NPK baja.


Jika anda lihat N = 29,  P = 0,  dan  K= 5 dan baja ini tidak akan beri apa-apa pun pada pokok anda ! Dan ini adalah fakta dan tertera dalam kitab pertanian.

Jadi untuk memilih baja perlulah NPK yang seimbang dan yang punyai unsur CEC ! Untuk dapatkan lebih maklumat berkenaan NPK sila langgan newsletter di http://www.bajanadi.com

Sekian